SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Tuesday, June 29, 2010

UDANG BUTTER

BAHAN:
15 ekor udang
1 kiub ayam knoor
setengah tin susu cair
5 tangkai daun kari
10 biji cili padi
1/2 biji butter cup
10 biji kuning telur
1 kotak tepung tempura @ KFC
minyak masak

Cara-cara:

Udang:

Bersihkan udang buang misai dan dibelah belakang basuh dan perapkan dgn tepung tempura selama 15 mnt dan goreng sehingga kuning keemasan.

Daun kari & cili:

Panaskan minyak masak goreng cili bersama daun kari sehingga agak garing.

Kuning Telur:

Panaskan 1/2 cwn minyak bersama 3 sudu makan butter, guna api pelahan, kacau kuningtelur hingga sebati, titiskan sedikit demi sedikit ke dlm minyak td sambil mengacau dlm bentuk bulatan sehingga telur menjadi seperti benang berwarna kuning. Tuskan. Ulangi sehingga telur habis.

Susu cair:

Panaskan baki butter tadi sehingga cair, masukkan 1/2 tin susu cair dan kiub ayam, kacau hingga mendidih. Masukkan udang, cili, daun kari yang telah digoring tadi, ke dlm susu yang telah mendidih. Campukan separuh dari bebenang telur tadi dan gaul sehingga sebati.

Angkat dan tuangkan ke dlm pinggan.Taburkan telur selebihnya keatas udang.

Sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment