SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Sunday, September 19, 2010

IKAN TAUCHU

BAHANNYA:
Apa2 jenis ikan.
Tauchu
Cuka
Gula
Timun
Cili besar
Bawang besar
Air
Minyak masak
CARANYA:
Ikan digoreng garing.
Angkat dan ketepikan.
Cili,bawang besar,timun dipotong dadu.
Panaskan minyak,masukkan semua bahan diatas.kecuali ikan.
Masak hingga mendidih dan masukkan ikan goreng tadi..Biar mendidih.
Padam api,angkat tuangkan dlm mankuk dan hidangkan..

IKAN 3 RASA

BAHANNYA:
1 ekor ikan siakap @kerapu @ bawal @ merah @ aji2
Sedikit timun
Sedikit cili bengala merah,kuning,hijau
Tomato biji
Epal
Limau sunkies
Bawang besar
Sos cili
Sos tomato
Sos ikan
Sos tiram
Garam
CARANYA:
Ikan dibersihkan di gaul dgn garam kunyit. kemudian
di goreng.angkat dan ketepikan.
Semua sayuran,buah2an di potong dadu.
Panaskan minyak.
Masukkan semua bahan sayuran dan buah2an.
Masukkan semua jenis sos.
Masukkan sedikit garam.
Biasanya jika byk jenis sos digunakan.garam x perlu di masukkan.
Biarkan mendidih sedikit..angkat dan tuangkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.

PECAL

BAHANNYA:
A
Beehun
Kacang panjang
Sengkuang
Tempe
Daun pucuk ubi
Kangkung
Timun

B
Kacang tanah
Minyak masak
Belacan
Garam
Gula merah
Gula pasir
Cili kering
Bawang merah
Air asam jawa

CARANYA:
A


Kacang panjang,kangkung,daun pucuk ubi,beehun di celur.
Sengkuang dan timun di hiris.
Tempe dihiris nipis dan digoreng.


B
Membuat kuahnya.
Kacang tanah,belacan,cili kering,bawang merah di goreng dgn sedikit minyak sehingga garing.
Tumbuk @ bland semua bahan yg di goreng.
Masukkan sedikit air suam.
Masukkan gula merah,gula pasir,garam dan air asam jawa
Gaul sehingga rata. Rasa sedikit,jika ada kekurangan tambahkan sedikit lagi bahan2 tadi.
Silakan mencuba.

SAMBAL KICAP

BAHANNYA:
Cili padi 30 biji.
Sebiji bawang merah.
Sedikit kulit kayu manis.
Kicap manis.
1 sudu cuka makan.
Masukkan semua ke dalam blander. Blandkan.
Boleh la di makan bersama apa jenis sup pun.
Soto @ bakso.

Wednesday, September 15, 2010

MASAK TEMPOYAK TULANG RUSUK


BAHANNYA:

Tulang rusuk @ apa2 tulang bersama daging sekali la..
Daun kesum
Bunga Kantan
Tempoyak
Cili padi
Garam


CARANYA:

Tulang direbus sehingga empuk dagingnya.
Masukkan cili padi dibland @ ditumbuk,tempoyak,bunga kantan,daun kesom dan garam.
Biarkan mendidih.
Tutup api dan angkat.
Boleh la dimkn dgn nasi putih.

Tuesday, September 14, 2010

SUP GEAR BOX

BAHANNYA:
2 kaki lembu @ kerbau (potong 8)
Sedikit tulang rusuk.
3 bungkus sup bonjut tulang.
3 bungkus sup bonjut biasa.
4 biji bwg besar dimayam.
5 inci halia di potong halus.
2 labu bawang putih di mayam.
Minyak masak
Air
Garam
Serbuk lada hitam.
Serbuk lada sulah.
CARANNYA:
Tumis kesemua bahan kecuali tulang2.
Tumis sehingga garing.
Masukkan air.
Masukkan tulang2.
Biarkan direbus sehingga empuk
Apabila sudah empuk daging yang ada pada tulang.
Masukkan lada sulah,lada hitam dan garam.
Setelah semuanya secukup rasa.
Boleh la di makan bersama bee hun @ apa saja yang sesuai bersama sambal kicap.