SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Friday, October 12, 2012

MASAK LEMAK CILIPADI DAGING SALAI

 
BAHAN:
500 gm daging salai di hiris nipis.
20 biji cilipadi.
3 biji bwg merah.
1 ulas bawang putih
1/2 kg santan pekat.
2 batang serai
4 biji terung telunjuk
Segenggam terung pipit
Kunyit.
Garam.
Asam keping.
 
CARA:
Rebus daging salai hingga lembut.
Bland cilipadi,bwg merah,dan bawang putih masukkan.
Masukkan santan.
Masukkan serai,terung telunjuk dan terung pipit,kunyit,garam dan asam keping.
Sentiasa kacau hingga semuanya masak supaya santannya sebati.
Bolehlah di hidangkan.
 
 

Wednesday, October 10, 2012

NASI LEMAK SAMBAL TUMIS IKAN TONGKOL REBUS

 
 
 

MASAK NASI:
Beras
Santan
Halia
Garam
Daun pandan
 
CARA:
Masukkan semuanya dalam periuk dan masak
 
SAMBAL TUMIS:
Cili kering di rebus dan di bland.
Halia,belacan,bawang besar,bawang putih di bland.
Garam, minyak masak,gula, asam jawa @ keping.
 
CARA:
Panaskan minyak.Tumis semua bahan hingga masak.Masukkan garam,gula dan asam jawa @ asam keping.Biarkan lama di masak.Dah pekat..tutup api..
 
IKAN REBUS:
Masukkan ikan ke dalam periuk bersama asam keping,garam dan sedikit air.Tutup periuk dan masakkan sehingga air tadi kering @ tinggal sedikit.
 
BOLEH LAH DI MAKAN BERSAMA KEROPOK,TELUR REBUS @ MATA DAN ULAM TIMUN.
 
 
 
 

 

KERABU MANGGA



BAHAN:
 
 
Mangga muda di cincang.
Kacang panjang di potong.
Tomato di hiris.
Kacang tanah,udang kering dan cili kesil di tumbuk kasar.
Gula,sos ikan,jus limau nipis dikacau sebati.
Masukkan semua bahan ke dlm 1 bekas dan gaul rata.
Sesedah secukup rasa. Boleh la di makan.