SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Saturday, March 31, 2012

KARI SARDIN BERSAMA KOBIS

 

PUDING SAGU.


BAHAN:
Sagu putih@merah@hijau
Gula Melaka
Gula pasir
Santan
Air
Daun pandan
Garam

CARA:

MASAK SAGU.
Panaskan air hingga mendidih,masukkan sagu.
Kacau sagu dan biarkan masak sepenuhnya hingga hilang putih sagunya.
Kemudian angkat dan tapiskan.
Masukkan ke dalam bekas, biarkan sejuk.

MASAK AIR GULA.
Masukkan air kedalam periuk bersama gula melaka,gula pasir dan daun pandan.
Masakkan hingga air gula kelihatan pekat, angkat sejukkan.

CARA MENGHIDANGKAN
Keluarkan sagu dari acuan ke dalam mangkuk.
Tuangkan santan yang di masukkan sedikit garam dan air gula.
Silakan makan.
Lagi sedap jika di sejukkan dalam peti ais..kemudian barulah di makan.

CENDAWAN TEMPOYAK


BAHAN:
Cendawan tiram @ cendawan kg.
Tempoyak
Cili besar @ kecil
Air
Kunyit
Garam


CARA:
Masukkan air,cendawan,cili yang telah di tumbuk,kunyit, garam dan tempoyak.
Masakkan sehingga mendidih.
Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi putih dll.

RESEPI WARISAN KG KUALA KENONG BATU 9 KUALA LIPIS.

PUDING ROTI SOS KASTARD