SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Thursday, June 30, 2011

MASAK LEMAK JERUK MAMAN




Resepinya sila lihat di masak lemak jeruk sawi. Caranya dan bahan sama sahaja kecuali sayur jeruknya.

Tuesday, June 28, 2011

CARA MEREBUS BELIMBING BULUH



Belimbing di rebus dengan menggunakan sedikit air dan garam.
Direbus sehingga menjadi perang kehitaman.

Kemudian masukkan ke dalam bekas dan boleh di simpan beberapa lama. Sedap di buat sambal hitam @ dimasukkan dalam masakan untuk mengantikan asam keping. Air rebusannya boleh di buat air asam pencicah ikan bakar.

CARA MEMBUAT TEMPOYAK

Durian yang telah di kupas dan di ambil ulasnya.
Isi durian yang telah diasingkan dari biji-bijinya. Isi durian ini di isike dalam bekas dan di taburkan garam kasar diatasnya dan tutup untuk diperapkan seminggu dan menjadilah tempoyak yang digemari ramai dan harga nya semakin hari semakin mahal.

MEMBUAT TEMPOYAK NI MEMANG SENANG.. TP RESEPI NI UNTUK ANAK-ANAK YANG RAMAI X TAU CARA MEMBUATNYA. TERUTAMA UNTUK GENERASI SAYA.


Monday, June 27, 2011

CARA MEMBUAT JERUK MAMAN

Maman yang telah di bersihkan.
Taburkan 1 sudu garam kasar di atasnya.


Ramas2 kan garam kasar bersama maman. Gaul rata.

Maman yang telah diramas dan di gaul rata bersama garam.


Maman siap di isi dalam bekas.


Isi air masak yang telah disejukan sehingga penuh.


Boleh di masukkan cili kecil dan sedikit nasi jika suka. Di sini cuma masukkan cili je dan perapkan selama 3 @ 4 hari. Boleh la dimakan @ di masak lemak dengan ikan,ayam, udang dll.


Sedia untuk di makan bersama nasi putih.

Tuesday, June 7, 2011

MASAK LEMAK SAWI JERUK BERSAMA UDANG

BAHAN


Sawi jeruk,udang,kunyit,garam,cili kecil bland,bawang kecil,bawang putih dan santan.



CARA

Masukkan cili bland dan semua bahan ke dlm periuk dan masakkan. Bila dah masak,angkat dan hidangkan bersama nasi putih..