SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Saturday, September 10, 2011

RENDANG AYAM CILI API



BAHAN:

Ayam.

Kunyit hidup,lengkuas,cili padi,bawang merah @ bawang besar,bawang putih. (bland semuanya). Serai dititik. Daun kunyit di hiris. Beberapa helai daun limau purut.Minyak masak. Santan pekat. Garam
CARA:

Panaskan minyak. Tumis semua bahan bland. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan di potong. Kacau rata biaran sehingga kering airnya dan masukkan santan serai,garam. Biarkan kuahnya pekat @ kering. Taburkan daun kunyit dan daun linau purut gaul rata. boleh juga di masukkan daun puding khas untuk rendang. Angkat dan hidangkan bersama lemang,ketupat,nasi putih.



RESEPI RENDANG YANG DI AJAR OLEH MAK NJANG MAH ISTERI PAK NJANG KAMAL DI KUALA PILAH.

UDANG BUTTER NESTUM









BAHAN:


Beberapa ekor udang.
Tepung tempura @ apa saja pun boleh.

Minyak masak

1 biji telur

50g butter

5 biji cili kecil

2 tangkai daun kari

Garam secukup rasa

1 cwn Nestum


CARA:


Bersihkan udang. Telur di kacau dan celupkan udang, masukkan udang kedalam tepung tempura dan gaul rata. Panaskan minyak,gorengkan udang yang telah di salut tepung. Setelah kekuningan angkat dan ketepikan. Gunakan kuali lain, panaskan butter dan sedikit minyak goreng udang tadi.Gorengkan daun kari dan cili kemudian masukkan sedikit garam,udang yang digoreng dan nestum. Jika berminat menggunakan serbuk perasa @ kiub boleh la di masukkan sama.Gaul rata,angkat dan hidangkan..Sila la makan.