SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Tuesday, June 29, 2010

PAPRIK CAMPUR

Resepi ini tidak mempunyai sukatan bahan. Cuma bahan2 nya sahaja..Biasanya begitu lah yang di buat.
BAHAN:
Cili kecil di titik.
Bawang putih di titik.
Serai di titik.
Halia dihiris halus.
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Ayam
Sotong
Udang
Kacang panjang
jagung muda
Bunga kobis
carot merah
Bawang besar belah 8
Daun limau purut
Minyak masak
CARA:
Panaskan minyak.masukkan bawang putih,cili.
Masukkan semua jenis sos.
Masukkan ayam,sotong dan udang.
Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan semua jenis sayuran dan daun limau purut.
Terbalik2 kan.Bila dah masak,angkat dan hidangkan.

IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK

BAHAN:
1 ekor ikan patin dipotong2
1 senduk tempoyak
2 biji bwg besar di hiris bulat2
10 biji cili kecil blander
2 biji cili besar blander
Garam & minyak masak
Kunyit
CARA:
Ikan yang telah dipotong,dibersihkan digaul garam kunyit.
Panaskan kuali dan isi minyak. Goreng ikan sehingga garing,angkat,ketepikan.
Minyak yang sama dimasukan tempoyak,sedikit air,cili blander dan bawang besar. Biarkan mendidih..Angkat dan tuangkan di atas ikan tadi. Hidangkan.

IKAN SIAKAP STIM



BAHAN:


1 ekor siakap,1 biji bwg besar belah 6,2" halia muda hiris,10 ulas bwg putih di hiris nipis,10 biji cili kecil di titik,5 btg serai di titik,2 sudu mkn jus limau nipis,2 biji asam boi,2 sudu mkn sos plum,perasa dan garam secukupnya,daun bwg di hiris,1 biji tomoto dipotong dadu.


CARA:


Ikan yg telah dibersihkan diletak di dlm bekas.Masukkan ke dlm pengukus.Taburkan diatasnya semua bahan diatas berserta jus limau,sos plum,garam,perasa dan asam boi.Kukus selama 10-15 minit.Angkat dan hidangkan.




#RESEPI INI DIAMBIL DARI KERATAN AKHBAR#

MINYAK REMPAH

BAHAN:

1 kg minyak masak
2 senduk bawang besar blander
1 senduk halia blander
3 senduk bawang putih blander
3 helai daun pandan

CARA:

Panaskan minyak bersama daun pandan hingga layu.
Masukkan semua bahan di atas, goreng hingga garing.
Tutup api dan masukkan 1/2 cwn air..biarkan sejuk.

#BOLEH DISIMPAN LAMA UNTUK BUAT NASI AYAM LAIN KALI LAK#

SUP & AYAM

BAHAN SUP:
Air rebusan ayam
4 senduk bawang putih blander
2 senduk halia blender
garam
perasa (jika mahu)
lada sulah 1 botol kecil
3 senduk minyak rempah @ bawang
CARANYA:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam air rebusan ayam dan biarkan mendidih. Angkat.
Ayam yang telah dibersihkan. Panaskan air sehingga mendidih.Masukkan ayam selama 5 minit angkat dan tuskan
Setelah dituskan masukan 1 sudu rempah 5 rasa dan 1 sudu garam ke dlm perutnya. @ boleh juga digunakan serbuk lada sulah mengantikan rempah 5 rasa. Sapukan pula keseluruhan ayam dgn madu @ kicap. Biarkan sejuk selama 1 jam.

Panaskan minyak & goreng sehingga garing (perang)

Garing Seperti ini.

Potong seperti ini dan hidangkan.

SOS & ULAM NASI AYAM


SOS:
4 senduk halia blander
2 senduk bawang putih blander
6 senduk gula
garam
1 blander cili besar
air
1 botol sos tomato
CARA:
Blander cili sehingga hancur. Campurkan semua bahan.
Masakkan sehingga mendidih.angkat.

NASI AYAM




BAHAN:
6 cwn beras wangi
7 cwn sup
2 senduk minyak rempah tadi.
2 sudu garam
5 batang daun sup
5 senduk lemak ayam blander @ planta (JIKA SUKA)
Basuh beras,masukan semua bahan di atas. Kacau dan bairkan nasi masak. Dah masak hidangkan seperti di atas.
#RESEPI INI SUAMI DAPATKAN DARI ABANG IPARNYA YANG BERNIAGA DI CAFE U, DI UIA PJ.# Biasanya nasi ayam ni suami la yg masak untuk tetamu dan kami sekeluarga.

IKAN KACANG PANGGANG

BAHAN:
1 ekor ikan (digoreng salut tepung @ biasa)
1/2 tin besar kacang panggang
2 sudu bsr sos tomato
2 sudu bsr sos cili
1 biji tomato(belah 6)
1 biji bawang bsr(dihiris bulat)
1 Ulas bawang putih ketuk je
1 batang carot
sedikit kobis potong halus
minyak masak
sedikit air
garam
CARA:
Ikan digoreng garing terlebih dahulu.
Minyak goreng ikan,boleh digunakan untuk menumis bawang putih..masukkan sos tomato,sos cili,kacang panggang dan sedikit air.
Masukan pula semua jenis sayuran,garam secukup rasa. biarkan mendidih sedikit ,angkatkan,tuang di atas ikan tadi.
#BOLEH JUGA DIGUNAKAN IKAN MERAH,IKAN KERAPU,IKAN TENGGIRI,IKAN BAWAL DAN IKAN SIAKAP..TELUR MATA KERBAU PUN BOLEH.#
Resepi aruah mak.

UDANG BUTTER

BAHAN:
15 ekor udang
1 kiub ayam knoor
setengah tin susu cair
5 tangkai daun kari
10 biji cili padi
1/2 biji butter cup
10 biji kuning telur
1 kotak tepung tempura @ KFC
minyak masak

Cara-cara:

Udang:

Bersihkan udang buang misai dan dibelah belakang basuh dan perapkan dgn tepung tempura selama 15 mnt dan goreng sehingga kuning keemasan.

Daun kari & cili:

Panaskan minyak masak goreng cili bersama daun kari sehingga agak garing.

Kuning Telur:

Panaskan 1/2 cwn minyak bersama 3 sudu makan butter, guna api pelahan, kacau kuningtelur hingga sebati, titiskan sedikit demi sedikit ke dlm minyak td sambil mengacau dlm bentuk bulatan sehingga telur menjadi seperti benang berwarna kuning. Tuskan. Ulangi sehingga telur habis.

Susu cair:

Panaskan baki butter tadi sehingga cair, masukkan 1/2 tin susu cair dan kiub ayam, kacau hingga mendidih. Masukkan udang, cili, daun kari yang telah digoring tadi, ke dlm susu yang telah mendidih. Campukan separuh dari bebenang telur tadi dan gaul sehingga sebati.

Angkat dan tuangkan ke dlm pinggan.Taburkan telur selebihnya keatas udang.

Sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA

Thursday, June 24, 2010

KUEY TEOW SUP

BAHAN:

(A)
Sup ayam

----------

1/2 ekor ayam (dipotong kecil2)
2 biji bawang besar( dibelah 6.)
1 sudu besar serbuk lada sulah.
Garam
 2  ketul kiub ayam
Air
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih dan ayam empuk. Angkat Ketepikan.

(B)

Isinya

------
1 bungkus kuey teow.
1 ikat kangkung
1/2 kg taugeh

Semuanya di celur setiap 1 jenis. Angkat letakan dalam bekas yang berasingan.

(C)

Bahan campuran.

------------------
20 biji cili kecil (diblander dgn cuka makan)
1/2 cwn cuka makan.
Serbuk paprika @ serbuk cili.
Lobak masin hancur
Kacang tanah
Bawang putih.
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam

Bawang putih di potong halus dan digoreng.Ambil minyak bersama bawang putihnya sekali.
Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan di blander hancur.
Semua bahan di atas di letak dalam bekas berasingan.


#Ambil mangkuk,masukkan semua serba sedikit bahan-bahan di atas bersama sup ayam tadi yang masih panas. Boleh la di makan..#


RESEPI DI ATAS DIAJAR OLEH AYAH MERTUA YANG JUGA HOBI MEMASAK SEPERTI ANAK-ANAKNYA. KELUARGA MERTUA ASAL DARI PERLIS YANG MEMPUNYAI AHLI KELUARGA TERDIRI DARI ORANG THAI. OLEH SEBAB ITU KAMI PANGGIL KUEY TEOW SUP SIAM.






MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN

BAHAN:
4 sudu besar tempoyak
1 ekor patin ( apa2 ikan pun boleh)
1 biji tomato(dibelah 6 @ 8)
1 tangkai daun kesom
10 biji cili kecil (diblander @ tumbuk halus)
Garam
Air
1 biji timun(dipotong memanjang)
CARA:
Masukkan semua bahan kecuali ikan. Kacau.
Biarkan mendidih,baru la dimasukkan ikan.mendidih lg.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih @ boleh dicicah dengan jemput,lempeng,roti.

KEPAH GORENG PEDAS


BAHAN:
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Minyak masak
Kepah 1 kg
1biji bawang besar hiris
1 ulas bawang putih ketuk
CARA:
Panaskan minyak,tumis cili giling dan bawang putih.
Masukkan semua jenis sos,gula.
Biarkan mendidih.
masukkan kepah dan bawang besar.
Terbalik2 kan,bila kepah tu dah terbuka..bererti dah masak la tu..
Angkat dan hidangkan.

SAMBAL TUMIS BILIS,PETAI TEMPOYAK

BAHAN:
5 keping petai (ambil bijinya)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji cili besar (blander)
10 biji cili kecil (blander)
4 sudu besar tempoyak
garam
kunyit serbuk
minyak masak
air
CARA:
Panaskan minyak. Tumis cili.
Masukkan tempoyak dan air.
Masukkan serbuk kunyit.
Masukkan petai,bawang besar,garam.
Biarkan sehingga mendidih dan masak.
Angkan dan hidangkan.
CARA:

Sunday, June 20, 2010

KENTANG PUTAR

Bahan:
10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu serta direbus bersama garam.
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
secubit garam

Kentang yang direbus tadi hingga empuk dituskan dan dilenyet dengan senduk.
Kemudian diputar dgan hand mixer bersama serbuk lada hitam dan susu segar sehingga halus dan gebu.
sosnya:
650 ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bawang besar dicincang
1 batang sadri
40 gm butter
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar soso tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat manis
Masak air bersama stok ayam,bawang besardan sadri.angkat dan tapis.ambil airnya sahaja.
Cairkan butter,masukkan tepung gandum kacau dengan api yang perlahan sehingga tidak melekat pada tepi periuk.Masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati sehingga tidak bergentel.
kemudian masukkan sos tomato,sos tiram,lserbuk lada hitam dan beberapa titis kicap untuk perangkan warna sos.
Bolehlah di hidangkan bersama kentang putar.

BBQ






Bahan:

5 keping lamd
2 sudu paprika
2 sudu jus lemon
2 sudu minyak zaitun
1 sudu lada sulah
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu rosemary

Gaulkan kesemua bahan di atas bersama2 dan perapkan sekurang2nya selama 1/2 jam.
kemudian bolehlah di bakar.

Sos:
1/2 botol kecil sos cili
1/2 botol kecil sos lada hitam
1/2 botol sos bbq knoor

Tuangkan kedalam periuk bersama 1/2 cwn air. Letakkan diatas api dan kacau sebati hingga mendidih. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama lamd yang telah dibakar tadi.Dihias dengan salad,tomato dan lemon.