SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Friday, April 15, 2011

SOTONG BAKAR BERSAMBAL

BAHAN:

Beberapa ekor sotong,100gm cili kering,4-6 biji bawang besar,1 biji bawang putih, air asam jawa,garam,gula, minyak masak, limau kasturi.


CARA:


Bersihkan sotong..gaul dengan sedikit garam dan jus limau kasturi. Blandkan cili kering,bawang besar,bawang putih.Tumiskan bahan band sehingga naik minyak @ masak.Masukkan asam jawa,gula,garam..dan masakkan sehingga pekat setelah di kacau sebati. Bakarkan Sotong tadi.. Angkat sos tu dan tuangkan di atas sotong bakar sedikit demi sedikit sehingga cukup..angkat dan hidangkan.

KARI ITIK SALAI


Tuesday, April 5, 2011

KARI IKAN KELI

BAHAN:

3 ekor ikan keli, santan secukupnya, 2 tangkai daun kari, 1 paket kecil rempah kari, 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 biji terung panjang kecil, 2 niji cili besar hijau, 1 biji tomato, garam. sedikit minyak. sedikit air asam jawa @ asam keping, 1 biji keledek.


CARA:


Panaskan minyak, tumiskan bawang kecil dan bawang putih. Masukkan daun kari dan rempah kari yang telah di bancuh dengan sedikit air. Biarkan hingga naik minyak..Masukkan sedikit air dan ubi keledek..masak hingga keledek empuk,kemudian masukan ikan keli, sayur-sayur,santan, garam dan air sam jawa...biarkan mendidih..angkat dan hidangkan ..

Monday, April 4, 2011

TULANG RUSUK MASAK TEMPOYAK

Lempeng di cicah masak tempoyak kegemaran anak2,suami dan semua ahli keluarga.


BAHAN:

1kg tulang rusuk lembu @ kerbau, 1 senduk tempoyak, 3 kuntum bunga kantan, 10 biji cili kecil, segenggam daun kesum, 1sudu serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup , garam dan air.


CARA:

Tulang rusuk direbus sehingga empuk dagingnya. Masukkan semua cili yang di bland,kunyit,tempoyak,bunga kantan,daun kesom,garam dan biarkan mendidih.Pas tu angkat dan boleh la dihidangkan bersama nasi putih. RESEPI INI ADALAH RESEPI TURUN TEMURUN WARISAN BT.9 KAMPUNG KUALA KENONG,KUALA LIPIS PAHANG.

JEMPUT IKAN HANCUR

BAHAN:

500 gm tepung gandum, 3 ekor ikan goreng, 1 biji bawang putih,2 biji bawang merah, sedikit garam, 1 biji telur dan sedikit air.


CARA:

Ikan di ambil isinya dan ditumbuk bersama bawang putih dan bawang merah. Tepung gamdum dibancuh bersama air,garam dan telur.Gaul sebati.Kemudian di masukkan ikan ditumbuk tadi dan gaul lg hingga sebati dan pekat sesuai di buat jemput2...Panaskan minyak dan boleh la di goreng dengan menjemput2kanya..masak angkat.

SAMBAL TUMIS PETAI BELACAN

BAHAN:

5 papan petai,100 gm bilis,2 senduk tempoyak ,15 biji cili kecil,3 biji cili besar5 biji bawang besar ,2 ulas bawang putih ,1 inci belacan,Garam,1 sudu kunyit serbuk, Sedikit air.

CARA:

Ambil biji2 petai dr papannya. Bland semua cili,bawang putih,1 biji bawang besar dan belacan.

Tumis semua bahan bland.Masukkan tempoyak,kunyit serbuk dan sedikit air.

Biarkan mendidih.Terbalik2kan dgn senduk. Masukkan biji2 petai dan 4 biji bawang besar yang telah di mayam. Biarkan mendidih dan kacau supaya semuanya sebati dan masukkan sedikit garam. Selepas itu boleh la di angkat dan dihidangkan.