SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Monday, October 25, 2010

MEE REBUS TELUR

 
BAHANNYA:
1 bungkus mee kuning
1/2 kg daging batang pinang
Sawi
5 biji telur
3 ulas bwg putih
3 biji bawang merah
5 ekor sotong
10 ekor udang
1 keping fish kek
10 biji fish ball
lada sulah
Serbuk lada hitam
Minyak masak
Garam
Air
CARANYA:
Panaskan minyak.
Tumiskan bawng putih dan merah yg telah dihiris.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan daging,udang,sotong yg telah di potong.
Kemudian masukkan mee,garam,lada sulah dan lada hitam.
Biarkan mendidih..masukkan sawi.dan telur.
Telur biarkan masak sebiji2.
Angkat dan hidangkan bersama cili jeruk @ cili potong bersama kicap masin.

Saturday, October 23, 2010

AYAM MASAK MERAH

BAHANNYA:
1 ekor ayam.(potong2)
Kunyit serbuk
3 biji bawang besar (bland)
2 ulas bawang putih(bland)
1" halia(bland)
3 btg serai
3 sudu besar cili kering bland.
3 sudu besar minyak masak
1/2 botol sos cili
1/2 botol sos tomato
1 sudu besar gula
Garam
2 biji tomato belah 6.
1 btg carot merah di potong2 nipis2.
CARANYA:
Ayam digaul dgn garam dan kunyit.
Ayam digoreng sehingga kekuningan.Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan cili,bawang besar dan bawang putih.
Biarkan naik minyak.
Masukkan sos tomato,sos cili,carot,gula,garam,serai dan tomato biji.
Biarkan mendidih.sebingga semua bahan masak.
Angkat dan tuangkan di atas ayam goreng tadi.
Bolehlah di makan.
(boleh juga di masukkan sedikit susu cair dlm masakan ini jika mengemarinya)

NASI TOMATO

BAHANNYA:
5 cawan beras wangi @ basmati
2 ulas bawang putih (mayam)
3 biji bawang merah (mayam)
3 kuntuk bunga lawang
6 biji buah pelaga
sesudu kecil bunga cengkih
2 " kulit kayu manis
2 helai daun pandan di simpul
1 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 tin tomato puri
1 biji tomato di cincang.
Kismis
CARANYA:
Bersihkan beras dan tuskan.
Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
Tumiskan semua bawang,rempah,daun pandan.
Masukkan beras dan goreng beras sehingga nampak retak2.
Masukkan air,garam,tomato cincang,tomato puri dan susu cair secukupnya.
Kacau rata.
Biarkan sehingga masak.
Taburkan kismis.

Tuesday, October 19, 2010

IKAN TALAPIA DAN SAYUR STIM

 TALAPIA STIM
 
 
PATIN STIM
 
 
 
BAHAN A
1 ekor ikan apa saja...spt patin,talapia.
3 btg serai
Sedikit air asam jawa
Beberapa helai daun limau purut
Garam
Bersihkan ikan,gaul dgn air asam jawa dan garam.
Perapkan sekejap.
BAHAN B
Cili kecil @ besar
1biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 " halia
1 biji tomato
Bland kan semuanya.
BAHAN C
Sayur2 kegemaran kobis,carot,bunga kobis dll.
Ikan diletakkan dlm bekas tahan dikukus,tuangkan semua bahan di bland td ke atas ikan.
Ketuk2 serai letas kan di atas ikan bersama sayur2.
Letakkan ke dlm kukus.
Kukus selama 45 minit...@ sehingga masak.

SESUAI HIDANGKAN BERSAMA NASI PUTIH DAN SAMBAL BELACAN.