SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Sunday, June 20, 2010

KENTANG PUTAR

Bahan:
10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu serta direbus bersama garam.
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
secubit garam

Kentang yang direbus tadi hingga empuk dituskan dan dilenyet dengan senduk.
Kemudian diputar dgan hand mixer bersama serbuk lada hitam dan susu segar sehingga halus dan gebu.
sosnya:
650 ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bawang besar dicincang
1 batang sadri
40 gm butter
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar soso tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat manis
Masak air bersama stok ayam,bawang besardan sadri.angkat dan tapis.ambil airnya sahaja.
Cairkan butter,masukkan tepung gandum kacau dengan api yang perlahan sehingga tidak melekat pada tepi periuk.Masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit dan kacau sebati sehingga tidak bergentel.
kemudian masukkan sos tomato,sos tiram,lserbuk lada hitam dan beberapa titis kicap untuk perangkan warna sos.
Bolehlah di hidangkan bersama kentang putar.

No comments:

Post a Comment