SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Monday, March 7, 2011

AYAM LADA HITAM BBQ

BAHAN:

1 ekor ayam, sedikit garam, 1 senduk sos lada hitam, 2 sudu sos tiram, 1 sudu mudu.

CARA:

Perapkan ayam dgn bahan di atas sekurang2nya 1/2 jam.

Kemudian dibakar dengan suhu 190 selama 45 minute @ sehingga masak.

Angkat dan potong.

Hiasan:

Timun,salad,tomato biji.sos cili dan mayonis.

Boleh la dimakan dengan nasi @ roti @ makan ayam saja..

Wednesday, March 2, 2011

KERABU PERUT CENCALUK

BAHAN:

2 sudu cencaluk,200 gm perut ,1 biji tomato,1 biji bawang besar,3 biji cili kecil,sedikit taugeh,1 biji limau nipis,1 kuntum kantan

CARA:

Semua bahan diatas dihiris kecil-kecil. kecuali limau nipis diambil jusnya.

Campurkan semua bahan diatas dan gaul-gaul kan.

Boleh la dihidangkan bersama hidangan lain dan nasi putih.

NASI GORENG BILIS

BAHAN:
3 mangkuk nasi
1 mangkuk kobis panjang
sedikit bilis
2 kiub bilis
1 ulas bawang putih hiris
1 biji bawang besar dimayam.
1 keping fish cake di potong nipis
4 biji telur
minyak masak
tomato @ timun untuk hiasan
CARA:
Panaskan minyak.masukkan bawang putih dan bawang besar.
Masukkan kiub bilis, hancurkan den senduk.
Masukkan fish cake,nasi.
Gaul rata dan masukkan sayur,gaul lagi dan masukkan telur sebiji.
Kacaukan.Angkat.dan ketepikan.Panaskan minyak,goreng bilis hingga rangup.
Angkat bilis taburkan atas nasi tadi.
Goreng telur mata kerbau.
Hiris timun @ tomato biji.
Boleh la dihidangkan dan makan...