SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Wednesday, September 30, 2015

SINGGANG SOTONG BAWANG PUTIH JERUK


BAHANNYA:
10 ekor sotong
1" halia(hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
Beberapa labu bawang putih jeruk
1/2" lengkuas(hiris)
10 biji cili kecil
4 keping asam keping
Serai
Garam
Air
CARANYA:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih dan masak.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Tuesday, September 29, 2015

BUBUR LAMBUK IKAN PEKASAM


BUBUR LAMBUK VERSI SAYA.
BAHANNYA:
Tak ada sukatannya la yek.
Beras
Air
Lada hitam hancur
Garam
Sotong
Udang
Bayam
Santan
Carot
CARANYA:
Bersihkan beras 2 cwn..airnya 6 cwn..baru la jd bubur.
Bila dah jd bubur,masukan semua bahan lain di atas.
Gaulkan dan bila semuanya dh kelihatan masak.
Tutup api dan boleh la dihidangkan..bersama
Lobak masin
Ikan masin
Telur masin
Ikan pekasam.

BELULANG (kulit lembu @ kerbau) MASAK TEMPOYAK


Bahan:
Belulang yang telah dibersihkan.dan direbus sehingga lembut.
Cili api (bland)
Kunyit hidup @ serbuk
Daun kesum
Tempoyak
Garam
Keladi @ rebung dll yang boleh di masak bersama.
air.

Cara-caranya:

Potong kecil-kecil belulang.
Masukkan ke dalam periuk bersama air, kunyit,daun kesum, tempoyak,garam dan keladi @ lain2 bahan. Masak hingga mendidih dan secukup rasa masaknya. angkat dan boleh la di makan dgn nasi putih.



IKAN JENAHAK MASAK TEMPOYAK


Resepinya sama dengan masak tempoyak patin cuma di tambah terung telunjuk dan badik jagung.
 Istimewan di masak bersama telurnya,

Monday, September 28, 2015

IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK


BAHAN:
1 ekor ikan patin dipotong2
1 senduk tempoyak
2 biji bwg besar di hiris bulat2
10 biji cili kecil blander
2 biji cili besar blander
Garam & minyak masak
Kunyit
CARA:
Ikan yang telah dipotong,dibersihkan digaul garam kunyit.
Panaskan kuali dan isi minyak. Goreng ikan sehingga garing,angkat,ketepikan.
Minyak yang sama dimasukan tempoyak,sedikit air,cili blander dan bawang besar. Biarkan mendidih..Angkat dan tuangkan di atas ikan tadi. Hidangkan.