SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Thursday, June 24, 2010

KUEY TEOW SUP

BAHAN:

(A)
Sup ayam

----------

1/2 ekor ayam (dipotong kecil2)
2 biji bawang besar( dibelah 6.)
1 sudu besar serbuk lada sulah.
Garam
 2  ketul kiub ayam
Air
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih dan ayam empuk. Angkat Ketepikan.

(B)

Isinya

------
1 bungkus kuey teow.
1 ikat kangkung
1/2 kg taugeh

Semuanya di celur setiap 1 jenis. Angkat letakan dalam bekas yang berasingan.

(C)

Bahan campuran.

------------------
20 biji cili kecil (diblander dgn cuka makan)
1/2 cwn cuka makan.
Serbuk paprika @ serbuk cili.
Lobak masin hancur
Kacang tanah
Bawang putih.
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam

Bawang putih di potong halus dan digoreng.Ambil minyak bersama bawang putihnya sekali.
Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan di blander hancur.
Semua bahan di atas di letak dalam bekas berasingan.


#Ambil mangkuk,masukkan semua serba sedikit bahan-bahan di atas bersama sup ayam tadi yang masih panas. Boleh la di makan..#


RESEPI DI ATAS DIAJAR OLEH AYAH MERTUA YANG JUGA HOBI MEMASAK SEPERTI ANAK-ANAKNYA. KELUARGA MERTUA ASAL DARI PERLIS YANG MEMPUNYAI AHLI KELUARGA TERDIRI DARI ORANG THAI. OLEH SEBAB ITU KAMI PANGGIL KUEY TEOW SUP SIAM.






1 comment:

  1. Salam Milee!
    First time singgah sini.... Salam ukhwah!!! boleh lah kita tukar2 resepi!!!

    ReplyDelete