SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Monday, September 9, 2013

SOLOK LADA PUTIH

Ni dibuat mengikut cara aruah mak.
Ikan selayang @ kembung @ pelaling di rebus dgn asam keping dan garam.

Ambil isinya di tumbuk halus bersama bawang merah,bawang putih ,serbuk lada hitam dan kelapa yg di ambil putihnya sahaja.

Keluarkan dan gaul bersama garam dan sedikit gula..Gaul sehingga semuanya rata.

Kemudian belah cili hijau jgn putus. Buang bijinya.

Masukan bahan yang di gaul tadi ke dlm belahan tu dan tekan2 untuk padatkannya.

Rebuskan bersama sedikit santan. @ goreng...

RENDANG DAGING



SAYUR CAMPUR SOS TIRAM




 
BAHANNYA;
Sos tiram.
Cendawan besar (dlm gambar atas)
Sotong @ udang @ fishball@ fish cake
Asparagus
Lada bengala pelbagai warna.
Carot
Daun bawang
Bawang putih
Bawang besar
Sedikit minyak utk menumis dan sedikit air.
 
CARANYA:
Panaskan minyak masak.Masukkan bawang putih,bawang besar carot dan cendawan.Gaul rata masukkan sos tiram secukupnya.gaul lg.Kemudian masukkan lada benggala dan asparagus.gaul rata dan terus angkat. Boleh dihidangkan.Makan semasa panas memang sedap.
 
 
 


Monday, February 18, 2013

ASAM PEDAS IKAN PATIN

Asam pedas ni tiada resepi.Suami beli perencahnya di kedai asam pedas di Parit Jawa Muar.Semua bahan dah lengkap.Cuma masukkan ikan dan sayur2 je..Masak dan boleh terus di hidangkan..mmg sedap..kegemaran kami sekeluarga.

ROJAK SOTONG KANGKUNG