SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Monday, January 3, 2011

SUP IKAN MERAH


BAHANNYA:

3 keping ikan merah.
1 sup bonjut ikan @ sup bonjut apa2 la..@ gunakan rempah sup biji2 biasa.
1 biji bawang putih (hiris halus)
2 biji kentang potong dadu besar2
1 biji bawang besar belah 4
1 btg seleri
1 btg kerot merah
Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
Garam.
1 sudu kecil minyak masak

CARANYA:

Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau.
Masukkan rempah sup,air, kentang. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan, bila kentang empuk, masukkan sayuran, lada hitam,lada sulah dan garam.
Bila semuanya dah masak boleh la di angkat dan dihidangkan.Taburkan daun sup yang di hiris halus diatas sup tu.

BOLEH JUGA DI BUAT SUP KEPALA IKAN MERAH.

CUCUR BADAK






BAHAN INTI:
1 biji kelapa (ambil putihnya)
10 biji cili kering(blend)
1 sudu jintan manis (blend)
5 biji bawang kecil(blend)
6 batang serai (blend)
3 sudu besar udang kering (blend)
beberapa ekor udang basah di potong halus
Secukup rasa garam dan gula.
CARANYA:
Campurkan semua bahan dan masakan dlam kuali tanpa minyak.
Kacau sehingga kering lembab- lembab je.
Angkat dan boleh la di jadikan inti cucur badak.

BAHAN KULITNYA:
1 kg ubi keledek(direbus dan dilecekkan. Kemudian sejukkan)
1 cwn tepung gandum
Minyak masak
CARANYA:
Gaulkan tepung dengan keledek hingga sebati.
Bolehlah di leperkan dan di bulat2 kan, di isi inti bulat2 kan dan leperkan cantik2.
Boleh di letakan di atas dulang yang di tabur tepung supaya tidak melekat.
Dah siap semuanya boleh la di goreng dengan minyak sederhana panas...supaya kulit cucur badak tu kelihatan cantik je...
RESEPI DARI MAK MERTUA ORANG PERLIS.