SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Monday, August 23, 2010

IKAN SUMBAT KELAPA

BAHANNYA:
Ikan cencaru @ terubuk @ haruan'
Di belah belakang dan dibuang perut,ingsang dan dibersihkan.
Lumurkan dgn garam dan kunyit,
INTINYA:
Kelapa mesin putihnya sahaja.
1 sudu jintan manis.
1 asam keping di hiris halus.
1 helai daun kunyit di hiris halus.
2 biji cili padi dihiris halus.
Garam
Perasa jika suka.
Tumbuk @ mesin kering kesemuanya.
Gaul rata.
Masukan kedlm ikan yg di belah belakang tadi.
Balut dgn daun kunyit dan bakar sehingga masak..
Angkat dan boleh la di makan bersama nasi putih...
RESEPI INI DI BERI OLEH MAK MERTUA.DIA ORG PERLIS.JIKA ADA YG LUKA @ PEMBEDAHAN BOLEH LA MENGGUNAKAN IKAN HARUAN.

SAYUR SOS TIRAM

BAHAN:


Sawi pak choy.Sos tiram.Cili kecil diketuk.Udang kering.Bawang besar hiris.Bawang putih hiris.Minyak masak. Sedikit tepung jagung bancuh dengan air.


CARA:


Sawi di celur sekejap. Ketepikan.Panaskan minyak,tumis bawang putih bersama bawang besar,cili kecil dan udang kering.Masukkan sos tiram dan tepung jagung yang di bancuh dengan air tadi..gaul rata dan tutup api. Tuangkan di atas sawi yang telah di celur tadi...


RESEPI DIAMBIL DARI KERETAN AKHBAR. SAYUR KEGEMARAN ANAK-ANAK.






KETAM BAKAR BERSAMBAL


Sunday, August 22, 2010

CHIKEN CHOP


Resepi ni sy dpt dr macam2 sumber..

CARA MEMBUATNYA:

Ayam diperap dgn. jus lemon,garam,paprika, serbuk lada sulah dan serbuk lada sulah.
Perap lebih kurang setengah jam.
Kemudian digolek2kan di atas tepung gandum.
Pas tu celup dlm telur dan golek2kan di atas serbuk roti.
Goreng la sehingga masak.


SOS:
Lihat dlm resepi BBQ

KENTANG PUTAR:
Lihat dlm resepi kentang putar.



POPIA SOSEJ CHEESE

Popia ni memang kegemaran anak-anak..lagi2 ada cheese.
Sosej balut dgn kulit popia.
Goreng dan mkn dgn sos.

Saturday, August 21, 2010

IKAN BAKAR BERSAMBAL

Ikan ni resepi dari kakak ipar yg tiap tahun berniaga di Bazar Ramadhan.
Ikan yang sering digunakan iaitu ikan pari,patin,keli dan talapia.
Setelah dibersihkan ikan diperap dgn garam dan limau kasturi.
Sambal tumisnya..Blander cili kering
Blandar 5,6 biji bawang besar.. dan 3 ulas bawang putih.
Tumiskan.
Sambil tumis tu masukkan asam jawa,gula,dan garam.
Masakkan sehingga betul2 pekat.
Bakar la ikan tu dan letakkan sos tu di atasnya.
Perahkan limau kasturi diatasnya,
Angkat dan boleh la di makan...

SOLOK LADA

Ni dibuat mengikut cara aruah mak.
Ikan selayang @ kembung @ pelaling di rebus dgn asam keping dan garam.
Ambil isinya di tumbuk halus bersama bawang merah,bawang putih ,serbuk lada hitam dan kelapa yg di ambil putihnya sahaja.
Keluarkan dan gaul bersama garam dan sedikit gula..Gaul sehingga semuanya rata.
Kemudian belah cili hijau jgn putus. Buang bijinya.
Masukan bahan yang di gaul tadi ke dlm belahan tu dan tekan2 untuk padatkannya.
Rebuskan bersama sedikit santan. @ goreng...

Friday, August 20, 2010

SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH JUS LEMON

BAHANNYA:
Cili Api.
Belimbing Buluh.
1/2 biji lemon ambil jusnya.
Belacan
Sedikit gula.
CARANYA:
Tumbuk cili api sehingga hancur.
Masukkan belacan , gula dan belimbing.
Tekan dan gesekkan sehingga semuanya sebati.
Keluarkan dari lesung batu..dan tuangkan jus lemon dan gaulkan dengan sudu sehingga sebati.
Bolehlah dicicah dgn ulaman semasa makan nasi dll.

POPIA PEDAS UDANG

Timun,sengkuang,taugeh,karot dan udang di goreng sedikit layu bersama kiub bilis. Sayuran di atas digulung dlm kulit popia. Popia yg siap digulung.
Popia yg siap digoreng.
Bahan pedasnya:


Cili diblander bersama bwg putih dan besar.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan blander

Masukkan gula & gula melaka @ gula kabung @ merah.

Masukkan garam dan asam keping @ asam jawa. Masak sehingga pekat.

Tuangkan atas popia dan gaulkan sehingga rata.

Boleh la di makan..



IANYA TEHASIL DISEBABKAN ANAK2 TAK PUAS HATI..BELI SEDIKIT POPIA KAT BAZAR RAMADHAN..JADI BUAT LA DAPAT 30 BIJI..ANAK2 MAKAN SAMPAI PUAS HATI LA....HARI SETERUSNYA DAH X SEBUAT LAGI HAL NAK BELI POPIA.

Wednesday, August 18, 2010

MEE GORENG

Mee goreng ni tak payah la sy bg resepi...sbb semua org tau membuatnya dan tak pelik pun.

TEMPOYAK TIMUN TELUR ITIK


Yang ini saya dah tau rasanya dari kecek2 lg..masa tahun 70an..orang kampung saya ada yang menanam padi huma @ bukit. Bersama padi tu mereka tanam sayur bayam,maman dan timun tahun. timun tahun ni bila dh tua @ masak dia berubah warna kulitnya kepada kekuningan dan keperangan. Ada jual di pasar2 raya sekarang ni. Timun ni besar dari timun2 biasa..nak buat masakan @ salad ni kena guna timun mudanya.Maklum orang dulu2 nk tunggu padi membesar dan boleh dituai...ini la cara termudah sediakan makanan.
BAHANNYA:
2 biji timun.
2 biji telur direbus(boleh guna telur itik @ ayam)
sedikit cili kecil.
2 sudu besar tempoyak.
Garam
CARANYA:
Timun dibelah dua dan kukup dgn sudu ambil isinya sahaja.
Kupas telur yg telah di rebus,belah dua.
Masukan tempoyak,cili potong halus dan garam.
Gaul semuanya.Macam salad.
Boleh la dimakan bersama nasi putih yg panas2.
Sesuai untuk orang bertani..Lepas padi dituai.tanah tu di tanam pokok getah...semasa pokok getah masih kecil lg. Boleh la tanam pisang dan jagung pulak..akhirnya tempat tu jd la kebun getah.

BUBUR LAMBUK

BUBUR LAMBUK VERSI SAYA.
BAHANNYA:
Tak ada sukatannya la yek.
Beras
Air
Lada hitam hancur
Garam
Sotong
Udang
Bayam
Santan
Carot
CARANYA:
Bersihkan beras 2 cwn..airnya 6 cwn..baru la jd bubur.
Bila dah jd bubur,masukan semua bahan lain di atas.
Gaulkan dan bila semuanya dh kelihatan masak.
Tutup api dan boleh la dihidangkan..
Campuran bubur ini bolah juga dimasukkan daging @ bilis @ isi ikan dan sayur paku merah yg memang resepinya. Disebabkan susah nak dapatkan pucuk paku tu...saya masukkan carot dan bayam je.

JEMPUT JAGUNG MANIS

Jemput ini anak2 makan semasa pergi ke rumah moyang sedaranya di TMN LIPIS. Sedap sangat kata anak2.Siap minta resepi dari moyangnya.Orang tua tu bagi resepi dan jagung manisnya juga. Esoknya balik rumah saya pun buat la mengikut resepi yang diberi...tp anak2 kata..x sesedap moyang tu yang buat. Moyang ni pangkat panggilan je..orgnya muda lg.
BAHANNYA:
Jagung manis
Bilis
Garam
Sedikit gula
Jagung yang dihiris nipis2
Air.
Minyak masak
CARANYA:
Di campurkan semua bahan..sedang elok di buat jemput adunannya. Panaskan minyak dan jemput2kan masuk kuali.
Dah agak garing angkat dan hidangkan bersama sos cili. Boleh di makan sebagai sarapan pagi @ minum petang.