SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Wednesday, November 24, 2010

SOTONG SINGGANG (asam)

BAHANNYA:
10 ekor sotong
1" halia(hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1/2" lengkuas(hiris)
10 biji cili kecil
4 keping asam keping
Garam
Air
CARANYA:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih dan masak.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Monday, November 22, 2010

MEE BANDUNG

BAHANNYA:
1 bungkus mee kuning
Sedikit daging ayam
7 biji telur
10 ekor udang basah
5 ekor sotong
1 sudu udang kering
2 sudu besar cili kering (blander)
Sedikit kacang tanah hancur
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
sedikit gula
Garam
1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
Sawi
Carot
Minyak masak
Sedikit air
CARANYA:
Panaskan minyak.
Masukkan cili kering,bawang putih,bawang kecil,udang kering.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam,air,sos tomato,sos cili.
Biarkan mendidih dan masukkan kacang tanah,sotong dan udang.
Masukkan carot dipotong2,mee,sawi..
Kacau rata,biarkan mendidih dan masukkan telur sebiji2.
Biarkan telur masak seperti mata .
Padamkan api dan boleh dihidangkan untuk 7 orang makan.
RESEPI DARI KERATAN AKHBAR YG TELAH LAMA DI TAMPAL DLM BUKU...MENGUMPUL RESEPI.

Friday, November 19, 2010

KERABU DAGING

BAHANNYA:
Tak perlu sukatan,ikut cita rasa je.
Daging(rebus hingga empuk,hiris)
Bawang besar(dimayam)
Tomato biji(hiris)
cili kecil @ besar(hiris
Jus limau nipis
Krisik
Garam
CARANYA:
Gaulkan hingga semuanya sama rata.
Mana yg rasanya kurang tambahkan.
Sehingga sesedap rasa.
RESEPI DARI MAK MERTUA ORANG PERLIS.

Tuesday, November 9, 2010

IKAN PATIN PAIS



BAHANYA:



2 ketul ikan patin.(boleh guna apa2 ikan je)

5 biji cili kecil

1 biji cili besar

2 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

1 btg serai

sedikit daun kunyit dihiris halus

garam

1 senduk tempoyak

daun kunyit @ daun pisang




CARANYA:


Ikan digaul dgn garam dan kunyit.

Bland @ tumbuk cili,bwg merah,bwg putih,garam di campurkan bersama tempoyak.

Gaulkan semua bahan di atas bersama ikan.

Letakkan di atas daun pisang @ kunyit masukkan serai ketuk dan bungkuskan.

Boleh la di bakar sehingga masak.

Dimakan bersama nasi panas2.


RESEPI ARUAH MAK.


IKAN MASAK CUKA

BAHANNYA:
2 ekor ikan cencaru @ lain2 ikan.
5 biji cili kering
5 ulas bawang putih dihiris
5 ulas bawang merah di belah 4
1 inci halia dihiris
1 sudu teh halba
3 sudu cuka makan
air
minyak masak
garam
gula.
kunyit serbuk
CARANYA:
Ikan dipotong jadikan beberapa ketul gaulkan dgn garam dan kunyit.
Ikan digoreng dahulu dan ketepikan.
Minyak yg dh panas td di keluarkan tinggal sedikit.
Masukkan cili kering,bawang putih,merah,halia,halba dan gorengkan sehingga nampak layu.
Masukkan cuka dan air.
Biarkan mendidih dan masukkan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan 10 minit dan tutupkan api.
Sedap dimakan dgn nasi panas2.
Masakan ini makin lama di simpan makin terasa keenakkannya.
RESEPI DARI IBU MERTUA ORG. PERLIS.