SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Thursday, July 22, 2010

NASI KEBULI

BAHAN:
Beras wangi 4 kg.
3 genggam bawang merah di hiris
3 genggam serai di hiris
3 genggam ketumbar
3 genggam lada hitam
3 genggam lengkuas di hiris
Ayam
Kunyit hidup di blander
Garam
AYAM:
Dibersihkan dan di lumur dengan kunyit dan garam.

Panaskan air bersama 2 genggam setiap jenis bahannya lada hitam,lengkuas,halia,bawang merah,serai. biarkan mendidih.
Kemudian di masukkan ayam selama 5 minit.angkat. Berapa banyak ayam pun.lakukan seperti itu bagi setiap ekor ayam.
Ketepikan periuk air rebusan.

Panaskan minyak masak bersama daun pandan dan bahan rempah yang di rebus tadi. yang telah di tapis.
Masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan. Angkat bersama rempah tadi.
rempah yg digorang garing memang sedap di makan dgn nasinya.

NASINYA

Gunakan minyak goreng ayam tadi. Panaskan.
tumis bahan rempahnya 1 genggam setiap jenis bahannya lada hitam.bawang merah,halia,lengkuas dan serai.
Masukkan beras yang telah di basuh.
Goreng beras sehingga kelihatan ada retak2 pada beras tu.
Kemudian masukkan air rebusan tadi secukupnya. biarkan masak.
Boleh la dihidangkan seperti di bawah.
RESEPI INI DI AJAR OLEH TOK WAN SAYA. SEMUA SUKATAN BAHAN GUNA GENGGAM DAN GANTANG. SEKARANG NASINYA GUNA BERAS WANGI...MASA DULU2 GUNA BERAS LEMBUT..YANG DI TANAM SENDIRI OLEH ORANG KAMPUNG.NASI INI MASA DULU2 BIASA DI MASAK MASA HARI RAYA @ KENDURI KECIL2...

Sunday, July 11, 2010

LEMPENG SUSU DURIAN

BAHAN:
1 cwn tepung gamdum
1 1/2 cwn air
1 biji telur
1 sudu besar planta
sedikit garam
Minyak masak
CARA:
Campurkan kesemua bahan di atas.
Kacau sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak.
Tuangkan sesenduk bancuhan tadi dan ratakan.
Biarkan masak.
Angkat dan ratakan susu di atasnya .
Gulungkan.
Makan la bersama durian jika suka.

Saturday, July 10, 2010

SAMBAL TEMPOYAK CILI,BILIS TUMBUK

BAHAN:
10 biji cili
20 ekor ikan bilis
Garam
Tempoyak
Ulam-ulam.
CARA:
cili ditumbuk hancur bersama garam.
Masukkan bilis dan ditumbuk lg sehingga halus.
Angkat.Isikan kedlm piring bersama tempoyak
Boleh la diciciah apa2 ulam.

ROTI GULUNG SOSEJ

Masakan sarapan pagi anak no 3. Sbb dia tak nak makan pulut ikan masin dan serunding. Dia memang akan memasak sendiri jika dia tak suka pada masakan yang dah di sediakan.. Siap dia hias lg..Ni mewarisi hobi abahnya...

NASI PULUT

Nasi pulut kukus di makan bersama ikan tamban masin dan serunding..sebagai sarapan pagi ni..Pulut ni di bawa dari rumah mak mertua yang sepatutnya dimakan dengan serawa durian. Tapi anak2 tak suka makan serawa durian. Ikan masin pun dari rumah mertua.Serunding ikan dari jiran dekat rumah abah.

Sunday, July 4, 2010

AYAM MASAK TEMPOYAK


Resepi dan cara membuatnya sama dengan Ikan Patin Masak Tempoyak.