SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Tuesday, June 29, 2010

IKAN KACANG PANGGANG

BAHAN:
1 ekor ikan (digoreng salut tepung @ biasa)
1/2 tin besar kacang panggang
2 sudu bsr sos tomato
2 sudu bsr sos cili
1 biji tomato(belah 6)
1 biji bawang bsr(dihiris bulat)
1 Ulas bawang putih ketuk je
1 batang carot
sedikit kobis potong halus
minyak masak
sedikit air
garam
CARA:
Ikan digoreng garing terlebih dahulu.
Minyak goreng ikan,boleh digunakan untuk menumis bawang putih..masukkan sos tomato,sos cili,kacang panggang dan sedikit air.
Masukan pula semua jenis sayuran,garam secukup rasa. biarkan mendidih sedikit ,angkatkan,tuang di atas ikan tadi.
#BOLEH JUGA DIGUNAKAN IKAN MERAH,IKAN KERAPU,IKAN TENGGIRI,IKAN BAWAL DAN IKAN SIAKAP..TELUR MATA KERBAU PUN BOLEH.#
Resepi aruah mak.

No comments:

Post a Comment