SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Tuesday, June 29, 2010

IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK

BAHAN:
1 ekor ikan patin dipotong2
1 senduk tempoyak
2 biji bwg besar di hiris bulat2
10 biji cili kecil blander
2 biji cili besar blander
Garam & minyak masak
Kunyit
CARA:
Ikan yang telah dipotong,dibersihkan digaul garam kunyit.
Panaskan kuali dan isi minyak. Goreng ikan sehingga garing,angkat,ketepikan.
Minyak yang sama dimasukan tempoyak,sedikit air,cili blander dan bawang besar. Biarkan mendidih..Angkat dan tuangkan di atas ikan tadi. Hidangkan.

IKAN SIAKAP STIM



BAHAN:


1 ekor siakap,1 biji bwg besar belah 6,2" halia muda hiris,10 ulas bwg putih di hiris nipis,10 biji cili kecil di titik,5 btg serai di titik,2 sudu mkn jus limau nipis,2 biji asam boi,2 sudu mkn sos plum,perasa dan garam secukupnya,daun bwg di hiris,1 biji tomoto dipotong dadu.


CARA:


Ikan yg telah dibersihkan diletak di dlm bekas.Masukkan ke dlm pengukus.Taburkan diatasnya semua bahan diatas berserta jus limau,sos plum,garam,perasa dan asam boi.Kukus selama 10-15 minit.Angkat dan hidangkan.




#RESEPI INI DIAMBIL DARI KERATAN AKHBAR#

MINYAK REMPAH

BAHAN:

1 kg minyak masak
2 senduk bawang besar blander
1 senduk halia blander
3 senduk bawang putih blander
3 helai daun pandan

CARA:

Panaskan minyak bersama daun pandan hingga layu.
Masukkan semua bahan di atas, goreng hingga garing.
Tutup api dan masukkan 1/2 cwn air..biarkan sejuk.

#BOLEH DISIMPAN LAMA UNTUK BUAT NASI AYAM LAIN KALI LAK#

SUP & AYAM

BAHAN SUP:
Air rebusan ayam
4 senduk bawang putih blander
2 senduk halia blender
garam
perasa (jika mahu)
lada sulah 1 botol kecil
3 senduk minyak rempah @ bawang
CARANYA:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam air rebusan ayam dan biarkan mendidih. Angkat.
Ayam yang telah dibersihkan. Panaskan air sehingga mendidih.Masukkan ayam selama 5 minit angkat dan tuskan
Setelah dituskan masukan 1 sudu rempah 5 rasa dan 1 sudu garam ke dlm perutnya. @ boleh juga digunakan serbuk lada sulah mengantikan rempah 5 rasa. Sapukan pula keseluruhan ayam dgn madu @ kicap. Biarkan sejuk selama 1 jam.

Panaskan minyak & goreng sehingga garing (perang)

Garing Seperti ini.

Potong seperti ini dan hidangkan.

SOS & ULAM NASI AYAM


SOS:
4 senduk halia blander
2 senduk bawang putih blander
6 senduk gula
garam
1 blander cili besar
air
1 botol sos tomato
CARA:
Blander cili sehingga hancur. Campurkan semua bahan.
Masakkan sehingga mendidih.angkat.

NASI AYAM




BAHAN:
6 cwn beras wangi
7 cwn sup
2 senduk minyak rempah tadi.
2 sudu garam
5 batang daun sup
5 senduk lemak ayam blander @ planta (JIKA SUKA)
Basuh beras,masukan semua bahan di atas. Kacau dan bairkan nasi masak. Dah masak hidangkan seperti di atas.
#RESEPI INI SUAMI DAPATKAN DARI ABANG IPARNYA YANG BERNIAGA DI CAFE U, DI UIA PJ.# Biasanya nasi ayam ni suami la yg masak untuk tetamu dan kami sekeluarga.

IKAN KACANG PANGGANG

BAHAN:
1 ekor ikan (digoreng salut tepung @ biasa)
1/2 tin besar kacang panggang
2 sudu bsr sos tomato
2 sudu bsr sos cili
1 biji tomato(belah 6)
1 biji bawang bsr(dihiris bulat)
1 Ulas bawang putih ketuk je
1 batang carot
sedikit kobis potong halus
minyak masak
sedikit air
garam
CARA:
Ikan digoreng garing terlebih dahulu.
Minyak goreng ikan,boleh digunakan untuk menumis bawang putih..masukkan sos tomato,sos cili,kacang panggang dan sedikit air.
Masukan pula semua jenis sayuran,garam secukup rasa. biarkan mendidih sedikit ,angkatkan,tuang di atas ikan tadi.
#BOLEH JUGA DIGUNAKAN IKAN MERAH,IKAN KERAPU,IKAN TENGGIRI,IKAN BAWAL DAN IKAN SIAKAP..TELUR MATA KERBAU PUN BOLEH.#
Resepi aruah mak.