SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Friday, August 5, 2011

ACAR BUAH

BAHAN:



3 senduk minyak masak.

2 1/2 senduk cili kering.

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1"halia

2 sudu ketumbar

1 sudu jintan manis

1sudu jintan putih

SEMUA BAHAN DI ATAS DI BLAND. kecuali minyak masak.

5 biji limau kasturi di ambil jusnya.

3/4 cawan air

100gm gula pasir

1 sudu garam

berbagai jenis buah jeruk kering @ basah.

kurma dan kismis.



CARA:


Panaskan minyak.Tumis bahan yang di bland. Apabila telah naik minyak dan harum baunya,masukkan gula,garam,air,jus limau kasturi. Biarkan mengelegak.
Kemudian masukkan semua pelbagai jenis buah dan kacau rata dan sebati dengan kuah.



Acar buah ini boleh di simpan lama. Semakin lama semakin sedap.Elok di simpan di dlam bekas plastik.


Tuesday, July 5, 2011

CARA MEMBUAT INTI TART NANAS.

Kupas kan 1 biji nanas sarawak.

Potong-potongkan
Blandkan nanas sehingga semuanya hancur.

Idea dari Pak Andak ( cikgu suami) dan diguna pakai oleh kakaknya...berpuluh tahun membuat jem tart nanas ni, menghancurkannya menggunakan mesin kelapa. Cepat dan senang.

Terutama yang membuat jem nanas ni dlm kuantiti yang banyak.
Masukkan ke dalam kuali.
Masakkan sehingga kering airnya.

Masukkan 1kg gula dan 1 batang kulit kayu manis.


Kacau sehingga kering dan boleh dicubit @ digentel.

Bila sudah sejuk. masukkan ke dalam bekas. Boleh di simpan lama.Lagi lama jika di simpan dalam peti sejuk. Boleh digunakan bila-bila masa saja.

Thursday, June 30, 2011

MASAK LEMAK JERUK MAMAN




Resepinya sila lihat di masak lemak jeruk sawi. Caranya dan bahan sama sahaja kecuali sayur jeruknya.

Tuesday, June 28, 2011

CARA MEREBUS BELIMBING BULUH



Belimbing di rebus dengan menggunakan sedikit air dan garam.
Direbus sehingga menjadi perang kehitaman.

Kemudian masukkan ke dalam bekas dan boleh di simpan beberapa lama. Sedap di buat sambal hitam @ dimasukkan dalam masakan untuk mengantikan asam keping. Air rebusannya boleh di buat air asam pencicah ikan bakar.

CARA MEMBUAT TEMPOYAK

Durian yang telah di kupas dan di ambil ulasnya.
Isi durian yang telah diasingkan dari biji-bijinya. Isi durian ini di isike dalam bekas dan di taburkan garam kasar diatasnya dan tutup untuk diperapkan seminggu dan menjadilah tempoyak yang digemari ramai dan harga nya semakin hari semakin mahal.

MEMBUAT TEMPOYAK NI MEMANG SENANG.. TP RESEPI NI UNTUK ANAK-ANAK YANG RAMAI X TAU CARA MEMBUATNYA. TERUTAMA UNTUK GENERASI SAYA.


Monday, June 27, 2011

CARA MEMBUAT JERUK MAMAN

Maman yang telah di bersihkan.
Taburkan 1 sudu garam kasar di atasnya.


Ramas2 kan garam kasar bersama maman. Gaul rata.

Maman yang telah diramas dan di gaul rata bersama garam.


Maman siap di isi dalam bekas.


Isi air masak yang telah disejukan sehingga penuh.


Boleh di masukkan cili kecil dan sedikit nasi jika suka. Di sini cuma masukkan cili je dan perapkan selama 3 @ 4 hari. Boleh la dimakan @ di masak lemak dengan ikan,ayam, udang dll.


Sedia untuk di makan bersama nasi putih.

Tuesday, June 7, 2011

MASAK LEMAK SAWI JERUK BERSAMA UDANG

BAHAN


Sawi jeruk,udang,kunyit,garam,cili kecil bland,bawang kecil,bawang putih dan santan.



CARA

Masukkan cili bland dan semua bahan ke dlm periuk dan masakkan. Bila dah masak,angkat dan hidangkan bersama nasi putih..