SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Tuesday, July 5, 2011

CARA MEMBUAT INTI TART NANAS.

Kupas kan 1 biji nanas sarawak.

Potong-potongkan
Blandkan nanas sehingga semuanya hancur.

Idea dari Pak Andak ( cikgu suami) dan diguna pakai oleh kakaknya...berpuluh tahun membuat jem tart nanas ni, menghancurkannya menggunakan mesin kelapa. Cepat dan senang.

Terutama yang membuat jem nanas ni dlm kuantiti yang banyak.
Masukkan ke dalam kuali.
Masakkan sehingga kering airnya.

Masukkan 1kg gula dan 1 batang kulit kayu manis.


Kacau sehingga kering dan boleh dicubit @ digentel.

Bila sudah sejuk. masukkan ke dalam bekas. Boleh di simpan lama.Lagi lama jika di simpan dalam peti sejuk. Boleh digunakan bila-bila masa saja.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...
    nak tanya... 1 kg gula mmg untuk 1 biji nanas ke?

    ReplyDelete