SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Tuesday, September 29, 2015

BELULANG (kulit lembu @ kerbau) MASAK TEMPOYAK


Bahan:
Belulang yang telah dibersihkan.dan direbus sehingga lembut.
Cili api (bland)
Kunyit hidup @ serbuk
Daun kesum
Tempoyak
Garam
Keladi @ rebung dll yang boleh di masak bersama.
air.

Cara-caranya:

Potong kecil-kecil belulang.
Masukkan ke dalam periuk bersama air, kunyit,daun kesum, tempoyak,garam dan keladi @ lain2 bahan. Masak hingga mendidih dan secukup rasa masaknya. angkat dan boleh la di makan dgn nasi putih.



IKAN JENAHAK MASAK TEMPOYAK


Resepinya sama dengan masak tempoyak patin cuma di tambah terung telunjuk dan badik jagung.
 Istimewan di masak bersama telurnya,

Monday, September 28, 2015

IKAN PATIN TUMIS TEMPOYAK


BAHAN:
1 ekor ikan patin dipotong2
1 senduk tempoyak
2 biji bwg besar di hiris bulat2
10 biji cili kecil blander
2 biji cili besar blander
Garam & minyak masak
Kunyit
CARA:
Ikan yang telah dipotong,dibersihkan digaul garam kunyit.
Panaskan kuali dan isi minyak. Goreng ikan sehingga garing,angkat,ketepikan.
Minyak yang sama dimasukan tempoyak,sedikit air,cili blander dan bawang besar. Biarkan mendidih..Angkat dan tuangkan di atas ikan tadi. Hidangkan.

Thursday, October 16, 2014

JEMPUT CICAH SAMBAL GESEK.


Jemput bilis @ jemput kelapa @ apa-apa jemput yang masin.. sedap di cicah dengan sambal gesek ni. Suami sering bercerita dia dan kawan-kawannya minum serta makan jemput dengan sambal gesek. Suatu hari dia bawa saya ke gerai tu..Kami makan,memang sedap pun..tp yang beli sikit je jemputnya rm2..Keesokkannya saya buat jemput kelapa dan sambal gesek...Kami makan puas-puas...Mulai hari itu suami dah tak cerita lg dia makan   jemput @ lempeng kat gerai tu...



Monday, September 9, 2013

SOLOK LADA PUTIH

Ni dibuat mengikut cara aruah mak.
Ikan selayang @ kembung @ pelaling di rebus dgn asam keping dan garam.

Ambil isinya di tumbuk halus bersama bawang merah,bawang putih ,serbuk lada hitam dan kelapa yg di ambil putihnya sahaja.

Keluarkan dan gaul bersama garam dan sedikit gula..Gaul sehingga semuanya rata.

Kemudian belah cili hijau jgn putus. Buang bijinya.

Masukan bahan yang di gaul tadi ke dlm belahan tu dan tekan2 untuk padatkannya.

Rebuskan bersama sedikit santan. @ goreng...

RENDANG DAGING



SAYUR CAMPUR SOS TIRAM




 
BAHANNYA;
Sos tiram.
Cendawan besar (dlm gambar atas)
Sotong @ udang @ fishball@ fish cake
Asparagus
Lada bengala pelbagai warna.
Carot
Daun bawang
Bawang putih
Bawang besar
Sedikit minyak utk menumis dan sedikit air.
 
CARANYA:
Panaskan minyak masak.Masukkan bawang putih,bawang besar carot dan cendawan.Gaul rata masukkan sos tiram secukupnya.gaul lg.Kemudian masukkan lada benggala dan asparagus.gaul rata dan terus angkat. Boleh dihidangkan.Makan semasa panas memang sedap.