SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Monday, August 23, 2010

IKAN SUMBAT KELAPA

BAHANNYA:
Ikan cencaru @ terubuk @ haruan'
Di belah belakang dan dibuang perut,ingsang dan dibersihkan.
Lumurkan dgn garam dan kunyit,
INTINYA:
Kelapa mesin putihnya sahaja.
1 sudu jintan manis.
1 asam keping di hiris halus.
1 helai daun kunyit di hiris halus.
2 biji cili padi dihiris halus.
Garam
Perasa jika suka.
Tumbuk @ mesin kering kesemuanya.
Gaul rata.
Masukan kedlm ikan yg di belah belakang tadi.
Balut dgn daun kunyit dan bakar sehingga masak..
Angkat dan boleh la di makan bersama nasi putih...
RESEPI INI DI BERI OLEH MAK MERTUA.DIA ORG PERLIS.JIKA ADA YG LUKA @ PEMBEDAHAN BOLEH LA MENGGUNAKAN IKAN HARUAN.

SAYUR SOS TIRAM

BAHAN:


Sawi pak choy.Sos tiram.Cili kecil diketuk.Udang kering.Bawang besar hiris.Bawang putih hiris.Minyak masak. Sedikit tepung jagung bancuh dengan air.


CARA:


Sawi di celur sekejap. Ketepikan.Panaskan minyak,tumis bawang putih bersama bawang besar,cili kecil dan udang kering.Masukkan sos tiram dan tepung jagung yang di bancuh dengan air tadi..gaul rata dan tutup api. Tuangkan di atas sawi yang telah di celur tadi...


RESEPI DIAMBIL DARI KERETAN AKHBAR. SAYUR KEGEMARAN ANAK-ANAK.






KETAM BAKAR BERSAMBAL


Sunday, August 22, 2010

CHIKEN CHOP


Resepi ni sy dpt dr macam2 sumber..

CARA MEMBUATNYA:

Ayam diperap dgn. jus lemon,garam,paprika, serbuk lada sulah dan serbuk lada sulah.
Perap lebih kurang setengah jam.
Kemudian digolek2kan di atas tepung gandum.
Pas tu celup dlm telur dan golek2kan di atas serbuk roti.
Goreng la sehingga masak.


SOS:
Lihat dlm resepi BBQ

KENTANG PUTAR:
Lihat dlm resepi kentang putar.



POPIA SOSEJ CHEESE

Popia ni memang kegemaran anak-anak..lagi2 ada cheese.
Sosej balut dgn kulit popia.
Goreng dan mkn dgn sos.

Saturday, August 21, 2010

IKAN BAKAR BERSAMBAL

Ikan ni resepi dari kakak ipar yg tiap tahun berniaga di Bazar Ramadhan.
Ikan yang sering digunakan iaitu ikan pari,patin,keli dan talapia.
Setelah dibersihkan ikan diperap dgn garam dan limau kasturi.
Sambal tumisnya..Blander cili kering
Blandar 5,6 biji bawang besar.. dan 3 ulas bawang putih.
Tumiskan.
Sambil tumis tu masukkan asam jawa,gula,dan garam.
Masakkan sehingga betul2 pekat.
Bakar la ikan tu dan letakkan sos tu di atasnya.
Perahkan limau kasturi diatasnya,
Angkat dan boleh la di makan...

SOLOK LADA

Ni dibuat mengikut cara aruah mak.
Ikan selayang @ kembung @ pelaling di rebus dgn asam keping dan garam.
Ambil isinya di tumbuk halus bersama bawang merah,bawang putih ,serbuk lada hitam dan kelapa yg di ambil putihnya sahaja.
Keluarkan dan gaul bersama garam dan sedikit gula..Gaul sehingga semuanya rata.
Kemudian belah cili hijau jgn putus. Buang bijinya.
Masukan bahan yang di gaul tadi ke dlm belahan tu dan tekan2 untuk padatkannya.
Rebuskan bersama sedikit santan. @ goreng...