SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Monday, April 4, 2011

TULANG RUSUK MASAK TEMPOYAK

Lempeng di cicah masak tempoyak kegemaran anak2,suami dan semua ahli keluarga.


BAHAN:

1kg tulang rusuk lembu @ kerbau, 1 senduk tempoyak, 3 kuntum bunga kantan, 10 biji cili kecil, segenggam daun kesum, 1sudu serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup , garam dan air.


CARA:

Tulang rusuk direbus sehingga empuk dagingnya. Masukkan semua cili yang di bland,kunyit,tempoyak,bunga kantan,daun kesom,garam dan biarkan mendidih.Pas tu angkat dan boleh la dihidangkan bersama nasi putih. RESEPI INI ADALAH RESEPI TURUN TEMURUN WARISAN BT.9 KAMPUNG KUALA KENONG,KUALA LIPIS PAHANG.

2 comments: