SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Saturday, October 23, 2010

NASI TOMATO

BAHANNYA:
5 cawan beras wangi @ basmati
2 ulas bawang putih (mayam)
3 biji bawang merah (mayam)
3 kuntuk bunga lawang
6 biji buah pelaga
sesudu kecil bunga cengkih
2 " kulit kayu manis
2 helai daun pandan di simpul
1 cawan susu cair
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 tin tomato puri
1 biji tomato di cincang.
Kismis
CARANYA:
Bersihkan beras dan tuskan.
Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
Tumiskan semua bawang,rempah,daun pandan.
Masukkan beras dan goreng beras sehingga nampak retak2.
Masukkan air,garam,tomato cincang,tomato puri dan susu cair secukupnya.
Kacau rata.
Biarkan sehingga masak.
Taburkan kismis.

No comments:

Post a Comment