SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Wednesday, August 18, 2010

TEMPOYAK TIMUN TELUR ITIK


Yang ini saya dah tau rasanya dari kecek2 lg..masa tahun 70an..orang kampung saya ada yang menanam padi huma @ bukit. Bersama padi tu mereka tanam sayur bayam,maman dan timun tahun. timun tahun ni bila dh tua @ masak dia berubah warna kulitnya kepada kekuningan dan keperangan. Ada jual di pasar2 raya sekarang ni. Timun ni besar dari timun2 biasa..nak buat masakan @ salad ni kena guna timun mudanya.Maklum orang dulu2 nk tunggu padi membesar dan boleh dituai...ini la cara termudah sediakan makanan.
BAHANNYA:
2 biji timun.
2 biji telur direbus(boleh guna telur itik @ ayam)
sedikit cili kecil.
2 sudu besar tempoyak.
Garam
CARANYA:
Timun dibelah dua dan kukup dgn sudu ambil isinya sahaja.
Kupas telur yg telah di rebus,belah dua.
Masukan tempoyak,cili potong halus dan garam.
Gaul semuanya.Macam salad.
Boleh la dimakan bersama nasi putih yg panas2.
Sesuai untuk orang bertani..Lepas padi dituai.tanah tu di tanam pokok getah...semasa pokok getah masih kecil lg. Boleh la tanam pisang dan jagung pulak..akhirnya tempat tu jd la kebun getah.

No comments:

Post a Comment