SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Monday, November 22, 2010

MEE BANDUNG

BAHANNYA:
1 bungkus mee kuning
Sedikit daging ayam
7 biji telur
10 ekor udang basah
5 ekor sotong
1 sudu udang kering
2 sudu besar cili kering (blander)
Sedikit kacang tanah hancur
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
sedikit gula
Garam
1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
Sawi
Carot
Minyak masak
Sedikit air
CARANYA:
Panaskan minyak.
Masukkan cili kering,bawang putih,bawang kecil,udang kering.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam,air,sos tomato,sos cili.
Biarkan mendidih dan masukkan kacang tanah,sotong dan udang.
Masukkan carot dipotong2,mee,sawi..
Kacau rata,biarkan mendidih dan masukkan telur sebiji2.
Biarkan telur masak seperti mata .
Padamkan api dan boleh dihidangkan untuk 7 orang makan.
RESEPI DARI KERATAN AKHBAR YG TELAH LAMA DI TAMPAL DLM BUKU...MENGUMPUL RESEPI.

No comments:

Post a Comment