SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Saturday, December 25, 2010

KARIPAP DAGING

INTI
BAHANNYA:
1 kg kentang.(dibuang kulit dan di potong dadu)
1 paket kecil rempah kari.
1 biji bawang besar.(potong dadu)
5 biji bawang merah. (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
500 gm daging cincang
4 ketul kiub ayam
Minyak masak
Sedikit air.
CARANYA:
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang yang diblend.
Masukkan rempah kari yang di bancuh dgn sedikit air.
Biarkan mendidih.
Masukkan kentang, daging cingang,bawang besar,kiub ayam,air dan biarkan mendidih sehingga kentang dan daging empuk.
Kacau2kan.
Bila kuahnya dah pekat.
Tutup api.
Angkat dan biarkan sejuk.
(boleh juga di masukkan daun sup kepada sesiapa yang mengemarinya)
KULIT
BAHANNYA:
1 kg tepung.
1 cawang minyak masak yang dididihkan.
Garam dan air secukupnya.
CARANYA:
Gaulkan tepung bersama minyak masak sehingga rata.
Masukan air yg di bancuh dengan garam.
Gaul hingga sebati dan tidak melekat di jari.
Boleh la di buat karipap.
Goreng dan di makan..

No comments:

Post a Comment