SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Saturday, September 10, 2011

RENDANG AYAM CILI API



BAHAN:

Ayam.

Kunyit hidup,lengkuas,cili padi,bawang merah @ bawang besar,bawang putih. (bland semuanya). Serai dititik. Daun kunyit di hiris. Beberapa helai daun limau purut.Minyak masak. Santan pekat. Garam
CARA:

Panaskan minyak. Tumis semua bahan bland. Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan di potong. Kacau rata biaran sehingga kering airnya dan masukkan santan serai,garam. Biarkan kuahnya pekat @ kering. Taburkan daun kunyit dan daun linau purut gaul rata. boleh juga di masukkan daun puding khas untuk rendang. Angkat dan hidangkan bersama lemang,ketupat,nasi putih.



RESEPI RENDANG YANG DI AJAR OLEH MAK NJANG MAH ISTERI PAK NJANG KAMAL DI KUALA PILAH.

No comments:

Post a Comment