SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG



RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.









Thursday, July 22, 2010

NASI KEBULI

BAHAN:
Beras wangi 4 kg.
3 genggam bawang merah di hiris
3 genggam serai di hiris
3 genggam ketumbar
3 genggam lada hitam
3 genggam lengkuas di hiris
Ayam
Kunyit hidup di blander
Garam
AYAM:
Dibersihkan dan di lumur dengan kunyit dan garam.

Panaskan air bersama 2 genggam setiap jenis bahannya lada hitam,lengkuas,halia,bawang merah,serai. biarkan mendidih.
Kemudian di masukkan ayam selama 5 minit.angkat. Berapa banyak ayam pun.lakukan seperti itu bagi setiap ekor ayam.
Ketepikan periuk air rebusan.

Panaskan minyak masak bersama daun pandan dan bahan rempah yang di rebus tadi. yang telah di tapis.
Masukkan ayam dan goreng sehingga kekuningan. Angkat bersama rempah tadi.
rempah yg digorang garing memang sedap di makan dgn nasinya.

NASINYA

Gunakan minyak goreng ayam tadi. Panaskan.
tumis bahan rempahnya 1 genggam setiap jenis bahannya lada hitam.bawang merah,halia,lengkuas dan serai.
Masukkan beras yang telah di basuh.
Goreng beras sehingga kelihatan ada retak2 pada beras tu.
Kemudian masukkan air rebusan tadi secukupnya. biarkan masak.
Boleh la dihidangkan seperti di bawah.
RESEPI INI DI AJAR OLEH TOK WAN SAYA. SEMUA SUKATAN BAHAN GUNA GENGGAM DAN GANTANG. SEKARANG NASINYA GUNA BERAS WANGI...MASA DULU2 GUNA BERAS LEMBUT..YANG DI TANAM SENDIRI OLEH ORANG KAMPUNG.NASI INI MASA DULU2 BIASA DI MASAK MASA HARI RAYA @ KENDURI KECIL2...

No comments:

Post a Comment