Jemput bilis @ jemput kelapa @ apa-apa jemput yang masin.. sedap di cicah dengan sambal gesek ni. Suami sering bercerita dia dan kawan-kawannya minum serta makan jemput dengan sambal gesek. Suatu hari dia bawa saya ke gerai tu..Kami makan,memang sedap pun..tp yang beli sikit je jemputnya rm2..Keesokkannya saya buat jemput kelapa dan sambal gesek...Kami makan puas-puas...Mulai hari itu suami dah tak cerita lg dia makan jemput @ lempeng kat gerai tu...
SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG
RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.
RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.
Thursday, October 16, 2014
Monday, September 9, 2013
SOLOK LADA PUTIH
Ni dibuat mengikut cara aruah mak.
Ikan selayang @ kembung @ pelaling di rebus dgn asam keping
dan garam.
Ambil isinya di tumbuk halus bersama bawang merah,bawang putih
,serbuk lada hitam dan kelapa yg di ambil putihnya sahaja.
Keluarkan dan gaul bersama garam dan sedikit gula..Gaul
sehingga semuanya rata.
Kemudian belah cili hijau jgn putus. Buang bijinya.
Masukan bahan yang di gaul tadi ke dlm belahan tu dan tekan2
untuk padatkannya.
Rebuskan bersama sedikit santan. @ goreng...
SAYUR CAMPUR SOS TIRAM
BAHANNYA;
Sos tiram.
Cendawan besar (dlm gambar atas)
Sotong @ udang @ fishball@ fish cake
Asparagus
Lada bengala pelbagai warna.
Carot
Daun bawang
Bawang putih
Bawang besar
Sedikit minyak utk menumis dan sedikit air.
CARANYA:
Panaskan minyak masak.Masukkan bawang putih,bawang besar carot dan cendawan.Gaul rata masukkan sos tiram secukupnya.gaul lg.Kemudian masukkan lada benggala dan asparagus.gaul rata dan terus angkat. Boleh dihidangkan.Makan semasa panas memang sedap.
Monday, February 18, 2013
ASAM PEDAS IKAN PATIN
Asam pedas ni tiada resepi.Suami beli perencahnya di kedai asam pedas di Parit Jawa Muar.Semua bahan dah lengkap.Cuma masukkan ikan dan sayur2 je..Masak dan boleh terus di hidangkan..mmg sedap..kegemaran kami sekeluarga.
Friday, October 12, 2012
MASAK LEMAK CILIPADI DAGING SALAI
BAHAN:
500 gm daging salai di hiris nipis.
20 biji cilipadi.
3 biji bwg merah.
1 ulas bawang putih
1/2 kg santan pekat.
2 batang serai
4 biji terung telunjuk
Segenggam terung pipit
Kunyit.
Garam.
Garam.
Asam keping.
CARA:
Rebus daging salai hingga lembut.
Bland cilipadi,bwg merah,dan bawang putih masukkan.
Masukkan santan.
Masukkan serai,terung telunjuk dan terung pipit,kunyit,garam dan asam keping.
Sentiasa kacau hingga semuanya masak supaya santannya sebati.
Bolehlah di hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


