SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Wednesday, October 12, 2011

SUP SAYUR





BAHAN:

1. Apa saja jenis sayur dan cendawan.2. Kiub bilis @ ayam. Boleh juga menggunakan bilis,ayam,daging dan makanan laut.

Air .Garam

CARA:

Masukkan sayur yang agak lambat empuk ke dlm periuk @ kuali bersama air dan bahan no 2 di yang ditulis diatas.Biarkan menggelegak sehingga empuk dan masukkan semua sayuran lain. masukkan garam.Nampak dah masak, angkat dan hidangkan.

NASI GORENG KUNYIT

BAHAN:

1 ekor ikan yang telah di goreng di ambil isinya dan di tumbuk bersama bawang putih dan merah.

2 jalur kacang panjang dan 1 batang karot di potong kecil-kecil.

1 sudu serbuk kunyit. Garam. Nasi sejuk. Minyak masak.

CARA:

Panaskan minyak. tumis ikan yang di tumbuk tadi. masukkan karot dan kacang panjang.kacau rata. Masukkan serbuk kunyit.garam cili padi yang di titk-titik. kacau rata. Kemudian masukkan nasi.g Gaul rata. Angkat dan hidangkan bersama telur mata dan sayur hiasan.


UMAI IKAN SALMON





BAHAN:
Beberapa keping ikan salmon @ ikan merah @ ikan bawal dan lain2 ikan yang lembut isinya.
Bawang besar. Cili padi. Tomato biji. Pelbagai warna cili bengala, Kicap pekat manis. Lemon.
CARA: Hiris halus semua bahan.Perah lemon ambil jusnya. Gaulkan rata semuanya bersama kicap.Boleh di hidangkan dan di makan.

RESEPI INI TELAH DI AJAR OLEH ADIK IPAR ORANG SERAWAK. TAPI TELAH DI UBAH SUAI OLEH SUAMI MENGIKUT CITA RASA KAMI.MAAF YE. TAPI YANG PASTI SEMUA BAHANNYA TETAP MENTAH.