SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG







RESEPI-RESEPI INI TERHASIL DARI MASAKAN KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK ACIK MILEE. KEPADA SESIAPA YANG INGIN CUBA RESEPI INI DI PERSILAKAN....IANYA BOLEH DIUBAH SUAI MENGIKUT CITA RASA TERSENDIRI. BLOG INI PULA TERCIPTA ATAS PERMINTAAN SEORANG SAHABAT LAMA.



















Thursday, August 11, 2016

AGAR-AGAR KERING.




BAHANNYA;

100g agar-agar bertali
2,200 air
3 helai daun pandan @ apa-apa perasa sahaja.
2kg gula pasir kasar
250g gula batu

* massak agar-agar dengan air hingga larut.
* masukkan gula dan masak hingga pekat.
* bolehlah di bentuk sesuka hati

1. untuk cetakkan yang nipis, masukkan 5 senduk agar-agar 
,biar beku dan cetakkan mengikut acuan yang disukai. susun atas loyang dan keringkan.

2. untuk agar-agar potong, 1 resepi bahagi 3 loyang 12x12. letakkan perasa/perwarna yang digemari. potong nipis-nipis menggunakan pisau puding.sususn atas loyang dan keringkan.

3.untuk buat daun guna acuan coklat bentuk daun,tuang nipis dan biar beku.keluarkan daria aciuan dan keringkan.

4.untuk agar-agar gulung.tuang 2 senduk adunan dke dalam loyang 12x12.biar beku.gulung kemas dan potong serong.susun atas loyang dan kering kan.

5. untuk membentuk agar-agar bunga ros.tuangkan 2 senduk adunan ke dalam loyang 12x12 dan bentukan bunga ross. dan keringkan





KALIO UDANG GALAH


Bahan-bahannya :
1 kg udang besar
15 biji cili merah ]
15 ulas bawang merah ]
5 ulas bawang putih ] dikisar
2 cam kunyit hidup ]
2 biji kelapa, ambil santan pekat
4 batang serai, dititik
6 keping asam gelugur
7 helai daun limau purut, daun kunyit dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan pekat dan serai.
2. Biarkan mendidih dan kuah pekat, baru masukkan udang
3. Masak hingga kuah pekat, masukkan daun limau purut. Rasakan gula dan garam

DONAT



BAHAN;

1kg tepung gandum
100gm gula castor
30g susu teoung
22g mauripan
2 biji telur 
140g margerin
470g air
10g bread improver

Masukkan semua bahan dalam 1 bekas dan uli sampai doh tidak melekat di jari.
Bolehlah di bentuk menjadi donat,buger mini.pau kacang goreng.


LEPAT PISANG INTI KELAPA


IKAN TALAPIA STIM (KUKUS)




BAHAN A
1 ekor ikan apa saja...spt patin,talapia.
3 btg serai
Sedikit air asam jawaBAHAN A
1 ekor ikan apa saja...spt patin,talapia.
3 btg serai
Sedikit air asam jawa
Beberapa helai daun limau purut
Garam
Bersihkan ikan,gaul dgn air asam jawa dan garam.
Perapkan sekejap.
BAHAN B
Cili kecil @ besar
1biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 " halia
1 biji tomato
Bland kan semuanya.
BAHAN C
Sayur2 kegemaran kobis,carot,bunga kobis dll.
Ikan diletakkan dlm bekas tahan dikukus,tuangkan semua bahan di bland td ke atas ikan.
Ketuk2 serai letas kan di atas ikan bersama sayur2.
Letakkan ke dlm kukus.
Kukus selama 45 minit...@ sehingga masak.

SESUAI HIDANGKAN BERSAMA NASI PUTIH DAN SAMBAL BELACAN.

KETAM TELUR MASIN



Bahan-bahan:
2 ekor Ketam
4 sudu besar Mentega
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja....plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
1/2 tin Susu Cair
Sedikit garam jika perlu
Sedikit gula jika perlu
.
Utk goreng ketam:
Dua sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil lada sulah
Sedikit garam
.
Caranya:
1. Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.
.
2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
.
3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
.
4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!

NASI DAGANG

BAHAN NASI DAGANG:
Beras pulut 1kg 
Beras biasa 3kg
Santan 3kg
Bawang merah kecil
Bawang putih 
Halba
 Halia. 
Garam. 

CARA MEMASAK:
Beras pulut dan beras biasa di rendam sekurang-kurangnya 3 jam  @ 1 malam.
Bawang putih.bawang merah dan halia di hiris halus. 
Sediakan santan cair dan santan pekat.
Dalam santan pekat masukkan halba,hirisan halia,hirisan bawang putih dan hirisan bawang merah garam.
Kukus pulut sehingga separuh masak.Angkat dan keluarkan dari kukus.Gaulkan dengan santan cair.Masukkan dalam kukus dan kukus lagi sehingga masak.Angkat..keluarkan dari kukus dan gaul deangan santan pekat sehingga sebati..sedia untuk di makan..

KUAH NASI DAGANG

BAHAN:
Ikan tongkol
Lengkuas
Halia
Asam keping
Rempah kari
Bawang merah
Bawang putih
Halba.
Santan pekat
Garam
Minyak masak
Cili kering
Gula Melaka @ kabung.

CARA MEMASAK
Ikan tongkol di rebus dengan asam keping dan sedikit garam.Angkat dan ketepikan.Tumis cili kering,bawang putih bland,bawang merah bland,halia dan lengkuas bland.hingga naik minyak.
Serbuk kari dibancuh dgn sedikit air.Masukkan dalam tumisan tadi dan biarkan mendidih..Masukkan santan..biar mendidih lagi,Masukkan halba dan air rebusan ikan tadi..Masukkan ikan rebus dan gula..biarkan mendidih hingga kuah agak pekat..Angkat dan sedia utk dimakan ber sama acar timun.